Saturday, February 7, 2009

MRSM ulul albab

Syukur alhamdulillah,

Anak ana no 2 telah berjaya memasuki MRSM-Kota Putra Terengganu pada 19hb Jan 2009. Pada hari pendaftaran anak ana berjaya melepasi halangan untuk memasuki dan setakat ini telah berjaya dalam hafazan al-Quran beberapa muka surat. Ana dan ibunya berdoa agar anak ana dapat kejayaan cemerlang dalam PMR & SPM nanti disamping dapat melanjutkan pelajaran di luar negara.

Anak ana bercita-cita untuk menjadi saintis yang boleh berkhutbah. Ana doakan agar impian itu menjadi kenyataan. Ana berharap agar ilmu yang diperolehinya nanti dapat membantu umat Islam pada masa hadapan. Dengan ilmu yang bermanafaatlah baru dapat menjadi seorang insan yang berguna untuk agama. Agama lebih penting dari bangsa. Bangsa hanyalah sahsiah,mati pun tidak ditanya, wahai polan si polan kamu bangsa apa? Malaikat takkan tanya soalan itu.

Berbalik kepada MRSM, perjalanannya mengambil masa lebih kurang 7 jam dari rumah ana. Kalau kereta mahal memang syok. Ini kereta Iswara 1.3s. Dah 2kali ana memandu kesana 2 jalan. 1 dari Kuala Berang dan 1 lagi dari Gua Musang.

Ana pun dah mengantuk nanti ana sambung balik ana punya blog. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk dari kelemahan ana sendiri.

Kerajaa Pakatan Rakyat Hampir Tumbang

Assalamualaikum dan selamat malam,

Setelah hampir beberapa lama tidak menulis akibat kesuntukan waktu, akhirnya dapat juga ana ingin merungkaikan kemelut yang melanda negeri ana iaitu Perak Darul Ridzuan. Kisahnya bermula sejak PR memerintah hampir 10 bulan yang lalu. Dicuba pelbagai cara untuk mendapatkan kembali Perak yang setelah 50 puluh tahun berkuasa. Setelah tewas pada PRU 12 yang lalu berbagai-bagai usaha dilakukan agar ADUN-ADUN ini berpindah dan juga pastinya habuannya jutaan ringgit.

Kisah telah bermula setelah 2 adun PKR iaitu Changkat Jering & Behrang. Mereka ini merupakan insan yang telah menipu pengundi-pengundi di kedua-dua tempat itu. Mereka telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan juga sebutan kes mereka dijangkakan pada minggu depan dan setelah menjadi adun bebas dan merekan berikrar untuk menyokong parti haprak iaitu BN. BN dibawah Najib Altantuya berjaya mendapat kepercayaan 2 adun ini dan disamping percayalah kes mereka ini akan di campak jauh-jauh.

DYMM Sultan Perak pula sepatutnya lebih memahami sentimen rakyat Perak yang inginkan agar dibubarkan DUN Perak dan adalah lebih baik diadakan pilihan raya sekali lagi.
Pun begitu semua telah menjadi huru hara akibat terlalu mendengar dan menerima pendapat Najib yang menyatakan bahawa DS Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan.

Rakyat Perak sesungguhnya mahukan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat bukan untuk segelintir sahaja. Tapi, malangya BN merampas dengan cara yang pernah mereka buat di Sabah. BN akan mengalami nasib yang pasti lebih teruk menjelang PRU 13.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, January 6, 2009

MRSM Kota Putra

Assalamualaikum,

Semalam ana membuat panggilan kepada ibu-pejabat MARA Kuala Lumpur untuk bertanyakan tentang pemilihan anak kedua saya untuk memasuki MRSM Ulul Albab, Besut, Terengganu. Alhamdulillah anak ana berjaya dalam pemilihan 1st "batch".

Ana akan berusaha untuk menjayakan menjadi cita-cita anak ana untuk menjadi seorang khatib dan saintis yang berjaya dalam hidup demi untuk agama Islam, negara dan bangsa. Disamping itu berusaha agar menjadi umat Islam lebih dihormati.

Untuk pemilihan ini, anak ana terpaksa bersaing demgan 950 orang murid dan tempat yang diperlukan adalah seramai 180 orang. untuk mendapat tempat diadakan temuduga,ujian sikap dan juga menjawab 50 soalan.

Apa yang menyedihkan bagi ana nanti apabila hendak menghantarnya nanti pada 19/1/09 di MRSM tersebut. maklumlah tak pernah berpisah dengan anak ke 2 ana itu. Dahlah perangai lain macam. Nanti sapa lah nak ajar adiknya nanti Iman & Noli. Dalam masa 5 tahun belajar di MRSM ana berharap agar anak ana dapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan beliau dapat melanjutkan pelajaran diluar negara seperti di Jordan, Mesir dan sebagainya . Hanya masalah yang akan menentukan segala dan kepada Allah jua ana memohon agar dapat dipanjangkan umur ana agar dapat melihat kejayaan anak ana.

Sama-samalah kita berdoa dan menanti, Insyaallah.

Wassalam.

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 2009

Assalamualaikum dan selamat malam,

Pada pagi tadi, penamaan calon bagi pilihanraya kecil KT telah selamat dijalankan dengan 3 pencalonan dimana calon BN Wan Farid dan juga dijangka calon PAS Abdul Wahid Endut serta calon bebas yang tak berapa dikenali dan dijangkan calon bebas ini akan hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan keadaan sekarang adalah dijangkan bahawa BN akan melalui laluan sukar untuk mengekalkan P36 dab untuk itulah Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pesanan kepada petugas-petugas PAS serta pakatan rakyat yang akan bersatu bagi menentang serangan BN yang kita jangkakan lebih kepada memberi wang ataupun saguhati kepada pengundi-pengundi. Tuan Guru memberitahu bahawa kita berjuang kerana Allah demi dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Kita tak layak untuk hidup dimuka bumi ini sekiranya kita tidak menegak hukum Allah.

Ana berdoa agar perjuangan ini dapat perkenan Allah.

Takbir.

Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pelayar-pelayar blog ana. Semoga dengan kedatangan tahunbaru ini dapat menjadikan diri kita ini lebih tawaduk dan lebih bertakwa kepada Allah Subhanataala disamping kita menyambut kedatangan maal hijrah 1430.

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan sejak akhir-akhir ini, tapi ana tak tahu dimana hendak mulakan dahulu. Walau bagaimanapun ana ingin bersyukur kepada Allah dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas limpah dan rahmatnya dapat ana hidup sehingga hari ini. Ana juga bersyukur kerana anak ana telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan jayyid jiddan dalam PSRA 2008. Anak ana telah pun ditemuduga di MRSM Kota Putra dalam usahanya dan cita-citanya untuk menjadi seorang khatib yang berilmu dan juga saintis. Ana berdoa agar beliau berjaya dalam cita-citanya.

Anak ana ini bernama Nor Amin Amali, kalau ia dapat memasuki MRSM bermakna selama 5 tahun beliau akan belajar disana dan akan menjadi orang Terengganu & Kelantan.

Sekian ana berundur diri kerana esok ana kerja pagi.

Monday, November 10, 2008

Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Assalamualaikum dan selamat malam,

Walaupun ana bukan lah orang UMNO tapi ana merupakan orang Melayu yang sayangkan agama, negara dan bangsa. Ana mengikuti perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang bersidang dari awal hingga ke penghujungnya ana rasakan sesuatu telah berlaku dalam UMNO itu sendiri sehingga menyaksikan pertandingan 3 perjuru antara Muhyidin, Ali Rustam dan juga Mat Taib. Perlu diingat pada awalnya Ali Rustam yang memberi Datuk kepada Shah Rukh Khan sepatutnya tidak dapat pencalonan yang cukup tapi disebabkan ........................ yang telah menjadikan bahagian-bahagian UMNO tidak tidur lena. Sementara Mat Taib pula bekerja keras bagi membolehkan beliau cukup kuota dan ini tidak mustahil disebabkan pengalaman beliau pernah membawa wang dalam jumlah yang banyak suatu masa dulu.

Pertandingan 3 penjuru ini pastilah hebat kerana bagi ana bukan sikit wang yang hendak dibelanjakan tapi mungkin mencecah jutaan ringgit untuk para perwakilan menjelang pemilihan pada bulan Marcah 2009 nanti.

Inilah yang dikatakan oleh YB Husam Musa politik wang dalam UMNO telah menjadia darah daging orang-orang UMNO itu sendiri. Wang tidak dapat dipisahkan dari UMNO. Kita hanya boleh tunggu dan lihat apakah kesudahan UMNO nanti dalam mengejar impian masing-masing.

Tak sanggup rasanya nak masuk parti yang tak mahu langsung memperjuangkan hukum-hukum Allah dimuka bumi ini.

Sekian, lu pikirlah sendiri.

Majlis Fatwa Kebangsaan

Assalamualaikum,
Baru-baru ini majlis fatwa keabangsaan Malaysia telah mengeluarkan satu fatwa mengenai pengharaman budaya amalan yoga yang sering diamalkan oleh kaum-kaum yang beragama Hindu. Amalan yoga ini walaupun ada segelintir masyarakat Islam dan ahli politik sendiri yang menggunakan senaman ini untuk diri mereka sendiri. Namun merekan tidak sedar akan perbuatan mereka ini seolah-olah menyembah benda yang lain selain dari Allah Subhanataala. Perkara ini syirik dan mereka seolah-olah menentang fatwa tersebut.

Bagi ana pula, sejak bila pula kaum lain pandai masuk campur hal ehwal dalam agama Islam ini dan mereka sekarang ini bagaikan lebih kuah dari sudu. Tapi ingat sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya. Fatwa umat Islam biarlah umat Islam sendiri yang menangani

Dan bagi ana pula, pemimpin-pemompin yang berkuasa sekarang ini hendaklah mempertahankan Islam dengan sewajarnya hatta nyawa diri sendiri ditukar gantikan. Barulah ada kehebatan dalam mempertahankan kedaulatan agama yang direhdai oleh Allah

Sekian, lu pikirlah sendiri.

Friday, October 10, 2008

Pemilihan Agung UMNO 2008

Assalamualaikum dan selamat malam,
Menjelang March 2009, pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO dan parti merupakan satu kesinambungan budaya demokrasi yang telah wujud sekian lama hasil dari penjajahan orang-orang barat keatas Tanah Melayu satu ketika dulu.
Ana menulis kerana merasakan sekiranya kita orang melayu yang beragama Islam tidak dapat melaksanakan hukum Islam Allah dimuka bumi ini, maka kita tidak layak untuk mendapat rahmatnya. Apakah kita tidak yakin dengan keadilan Al-Quran serta sunnah rasul yang telah ditingggalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW lebih kurang 1429 tahun dahulu. Sungguh sedih sekali hukum Allah tidak dapat ditegakkan setelah rahmat dan limpah kurnianya terhadap kita selama ini.
Ana tidak dapat memahami kenapa pemerintah sekarang ini begitu keberatan dan tidak mahu langsung menegakkan hukum Allah. Tepuk dada tanya selera.

Berbalik kepada pemilhan bahagian yang sekarang ini tengah rancak berjalan, masing-masing ada pendapat masing-masing, itu kita tidak boleh nafikan. Terpulang kepada pemikiran masing-masing. Ana jangkakan bahawa Najib akan kekal dilantik sebagai Presiden UMNO dan Muhyidin sebagai Timbalan Presiden serta Naib-naib Presiden terdiri dari ............................................................................................................... serta yang paling menonjol sekali pada masa ini adalah jawatan Ketua Pemuda yang ana jangkakan akan dimenangi oleh Muhkriz. Tetapi itu semua bergantung kepada keadaan semasa, dan pelbagai faktor yang akan mempengaruhi sentimen dalam pemilihan.
Tapi apa pun kita tunggu dan lihat saja perkembangan itu nanti.

Sekian, wassalam.

Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Assalamualaikum & good night,

After Ramadhan gone, Syawal come and we are as the muslim around the globe are celebrating raya festival we couldn't ignore what has been happened to our muslim brothers in Iraq, Southern Thailand, Southern Philipinesand also where are brothers been tested by our great creators Allah Subhataaala.

In happened only in our muslim land. Why is that? Muslim nations must come & work together in order to help our muslim nations. Muslim nation are are the poorest country in the world. Saudi Arabia, Iraq, Maghribi and others nations should come in greater hand towards muslim nation.

Sorry I can't wrote anymore cause my idea is "bluur" right now.

See u guys later/

Saturday, August 23, 2008

Saiful Dan kebodohannya

Assalamualaikum...saya tergerak hati untuk memberikan sedikit pandangan mengenai keadaan yang berlaku di negara kita...Kisah Saifol dengan sumpahnya....mula kata kena liwat lepas tu PM pulak kata suka sama suka....hehehe ..nak tanya jugak kat Saifol kenapa sebelum zakar dimasukkan kedalam dubur saudara, saudara tidak mengelakkannya..dan kenapa saudara sanggup membenarkan DSAI meneruskan jugak??? Saifol--saifol takkanla dah letak zakar tu terus memancut airmaninya..sekurang-kurang nya 20 minit untuk keluar air mani......kalau 20minit.. saudara pun dah relakan untuk diliwat..maksudnya saudara setuju la dengan permainan sedemikian???? mungkin saudara rasa sedap ataupun adakah kaki dan tangan saudara saifol di ikat oleh DSAI dan dilondehkan seluar ..atau saudara dipengsankan oleh DSAI sebelum meliwat saudara????saudara Saifol ni orang muda..kenapa tidak menendang terus DSAI yang berusia 61 tahun tu? kekuatan tenaga saudara dengan DSAI pun banyak berbeza,...aduhhhh ...pelik laaa....bayangkanla masa 20 minit tu.... . Pemeriksaan dari hopital swasta tu tipu no...pelik la hanay doktor kerajaan aje yang pakar untuk memeriksa ke s liwat... banyak kemusyikilan timbul ekoran tindakan Saifol membuat sumpah di Masjid.. petama saya melihat cara beliau membuat sumpah seolah-olah cara orang kristian bersumpah memegang kitab suci mereka (Bible).... mengapa tok imam di masjid tu tak berikan panduan cara melakukan sumpah secara Islam? Kedua...pelik jugak saya kerana ustaz2 didalam umno tu tak kan lah setuju sangat dengan Saifol yang nak mengundang Bala dari ALLAH SWT untik rakyat Malaysia keseluruhannya...kerana bala ALLAH tidak akan mengira tempat dan masa dan manusia...Ketiga kenapa saudara Saifol yang mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak mahu mengambil tindakan mengikut undang-undang ISLAM?..Beliau mengaku aku orang ISLAM..tetapI hukum ALLAH aku TAK SETUJU????? Kenapa uncle pet dan bapanya tidak tidak menyuruh saiofl bersabar dan bawa ke mahkamah Syariah?? Sebagai orang Islam ..walaupun ditimpa musibah,,kena banyak bersabar tapi tak sabar pun...sekiranya saifol dah kena liwat pada tarikh tesebut..kenapa saudara tidak melaporkan terus pada hari teersebut?? kenapa tidak dijumpai terus pihak Polis dan persolan kenapa beliau terus merujuk kepada ustaz Dato Najib???. Yang peliknya dalam parlimen Dato Najib kata saifol berjumpa dengan pegawainya untuk memohon biasiswa...fuhh bagusnya pegawai dato seri Najib no..sanggup melayan seorang bekas penuntut yang telah gagal berturut-turut kerana mendapat CGPA 1.8 x sampai pun CGPA 2.00 layak pulak di beri petimbangan oleh pegawai khas Dato najib??? Sedangkan ramai pelajar yang mendapat CGPA 4.00 pun x layak dapt biasiswa JPA???hehehe.... dah di buang dari Universiti swasta masih nak mohon biassiswa..nak jadi pilot???? Pemberita tanya apa tujuan dibuat sumpah pada tarikh awal sehari hari penamaan calon..jawab beliau ..dia kata dia tak tahu DSAI akan bertanding dalam pilihanraya...lucu jugak yea..hari tu saifol la orang pertama yang ucapkan selamat bertanding dalam pilihanraya kecil... heheehe....... Islam x terletak padda songkok yang dipakai dan pakaian baju melayu tu... Rumah ALLAH jangan la dikotorkan ......kalau saudara Saifol dah bersumpah....kenapa x nak terus pulak ke mahkamah syariah??? Ustaz Najib pulak bersumpah di atas pentas hadapan penyokong UMNO...pegang mikrofon..laaaa tak kan Ustaz Najib pun tidak tahu macam mana nak buat sumpah mengikut lunas ISLAM???Ustaz Dato firdaus kenala tunjuk kat depa sikit..ajarlah agama ISLAm betul-betul....laaa bekas imam masjid negara pun x tahu ke nak bagi nasihat dan tunjuk ajar..jangan ikut macam ustaz Badawi pulak..berhala pun di sembah..bertafakur pulak ..laa diletakkan bunga pulak lagi..setahu saya ornag hindu yang akan menyembah berhala dan mengkalungkan bunga...betul jugak yea ..lupa saya..sebenarnya Hadhari yang kata boleh buat macam tu... hehehe ISLAM yang nabi Rasulullah SAW bawa tu memang tidak membenarkan melakukan perkara sedemikian....cuba-cubala fahami al-quran tu...banyak hadis nabi pun ade..baca laaaa...semoga dapat hidayah...janganlah permainkan ISLAM....selamatkanlah Malaysia ...