Monday, November 10, 2008

Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Assalamualaikum dan selamat malam,

Walaupun ana bukan lah orang UMNO tapi ana merupakan orang Melayu yang sayangkan agama, negara dan bangsa. Ana mengikuti perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang bersidang dari awal hingga ke penghujungnya ana rasakan sesuatu telah berlaku dalam UMNO itu sendiri sehingga menyaksikan pertandingan 3 perjuru antara Muhyidin, Ali Rustam dan juga Mat Taib. Perlu diingat pada awalnya Ali Rustam yang memberi Datuk kepada Shah Rukh Khan sepatutnya tidak dapat pencalonan yang cukup tapi disebabkan ........................ yang telah menjadikan bahagian-bahagian UMNO tidak tidur lena. Sementara Mat Taib pula bekerja keras bagi membolehkan beliau cukup kuota dan ini tidak mustahil disebabkan pengalaman beliau pernah membawa wang dalam jumlah yang banyak suatu masa dulu.

Pertandingan 3 penjuru ini pastilah hebat kerana bagi ana bukan sikit wang yang hendak dibelanjakan tapi mungkin mencecah jutaan ringgit untuk para perwakilan menjelang pemilihan pada bulan Marcah 2009 nanti.

Inilah yang dikatakan oleh YB Husam Musa politik wang dalam UMNO telah menjadia darah daging orang-orang UMNO itu sendiri. Wang tidak dapat dipisahkan dari UMNO. Kita hanya boleh tunggu dan lihat apakah kesudahan UMNO nanti dalam mengejar impian masing-masing.

Tak sanggup rasanya nak masuk parti yang tak mahu langsung memperjuangkan hukum-hukum Allah dimuka bumi ini.

Sekian, lu pikirlah sendiri.

Majlis Fatwa Kebangsaan

Assalamualaikum,
Baru-baru ini majlis fatwa keabangsaan Malaysia telah mengeluarkan satu fatwa mengenai pengharaman budaya amalan yoga yang sering diamalkan oleh kaum-kaum yang beragama Hindu. Amalan yoga ini walaupun ada segelintir masyarakat Islam dan ahli politik sendiri yang menggunakan senaman ini untuk diri mereka sendiri. Namun merekan tidak sedar akan perbuatan mereka ini seolah-olah menyembah benda yang lain selain dari Allah Subhanataala. Perkara ini syirik dan mereka seolah-olah menentang fatwa tersebut.

Bagi ana pula, sejak bila pula kaum lain pandai masuk campur hal ehwal dalam agama Islam ini dan mereka sekarang ini bagaikan lebih kuah dari sudu. Tapi ingat sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya. Fatwa umat Islam biarlah umat Islam sendiri yang menangani

Dan bagi ana pula, pemimpin-pemompin yang berkuasa sekarang ini hendaklah mempertahankan Islam dengan sewajarnya hatta nyawa diri sendiri ditukar gantikan. Barulah ada kehebatan dalam mempertahankan kedaulatan agama yang direhdai oleh Allah

Sekian, lu pikirlah sendiri.