Monday, July 7, 2008

Protes anjuran Pakatan Rakyat.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua bloggers,

Syukur alhamdulillah dapat ana menulis kembali dalam blog ana ini kerana kesibukan ana menguruskan 4 orang anak ana yang masih bersekolah disamping isteri ana yang baru sahaja melahirkan cahayamata yang ke 5 di PPUM pada 24/o6/08. Alhamdulillah semua selamat dan ana dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat dan diberi nama Nor Qaisara. Tak putus-putus tahniah yang ana dapat dari kenalan, rakan-rakan taulan dan juga saudara-mara sekalian.

Berbalik kepada penulisan blog yang baru ini, dimana ana sendiri hadir di Stadium Kelana Jaya, pada 6/o7/08. kemuncaknya adalah pada sebelah malam di mana DSAI hadir bersama-sama YB Permatang Pauh Datin Seri Wan Azizah. Ana bersama puluhan ribu rakyat Malaysia yang hadir beranggapan bahawa tuduhan liwat kali ini adalah berperanan untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Mongolia. Disamping akauan bersumpah Raja Petra & juga bekas Penyiasat Persendirian Abdul Razak Baginda iaitu P. Balasubramaniam. Ana tak ingin mengulas panjang mengenai SD kedua-duanya kerana telah pun diulas dalam blog-blog lain yang lebih hebat mengutarakan persoalan ini.

Cuba kita fikir siapa yang untung akibat tuduhan antara Anwar & Najib, yang untung adalah Pak Lah dan Kroninya serta menantunya Khairi Jamaluddin. Masakan tidak, Najib siang-siang lagi dah ditipu oleh Pak lah atas janjinya untuk menyerahkan jawatan TPM kepada Najib tanpa menyebut tarikh yang tepat. Pak Lah pula berhasrat untuk bertanding pada pemilihan agung UMNO nanti di bulan Disember. Semua ini memberi peluang kepada Pak Lah dengan harapan agar rakyat dapat melihatnya sebagai PM yang sentiasa peka kepada perkembangan semasa. Pak Lah sedarlah dirimu tidak layak sebagai PM bagi Malaysia. Dirimu terlalu lemah serta bahana Islam Hadhari tajaanmu itu merosak umat Islam. Sedar lah dan bertaubatlah wahai PM yang tak setanding dengan PM-PM terdahulu.

Disebalik kekalutan yang terjadi ini antara Anwar & Najib, Pak Lah berkata kalau Najib " saya percaya Najib tak bersalah dan semua itu fitnah semata-mata dan kalau tuduhan liwat keatas Anwar Pak lah berkata "bairlah polis siasat kebenarannya." Polis kan sentiasa adil " Rule of Law" konon.

Kita tak lupa peristiwa "Batu Buruk", "Mata Lebam Anwar", "Kampung Berembang"
, dan sebagainya, semuanya kekejaman pihak Polis untuk UMNO dan Barisan Nasional sepanjang 50 tahun diperintah oleh mereka.

Akan sampai waktunya dimana puak-puak ini akan kehilagan kuasa mereka disebabkan kerakusan dan ketamakan mereka terhadap rakyat Malaysia. Ana bagi nasihat jangan lupa kekuasaan Allah Subhana wataala. Akan tiba waktunya. Kita harus bersabar.

Sehingga jumpa lagi diwaktu yang akan datang.