Thursday, June 12, 2008

Pak Lah Punya Pandai

Assalamualaikum & Selamat malam,

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA,dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sebagai subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di Malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm625, iaitu RM 6.25 komisen kepada Khairi.
Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos." Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan IkanMalaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yangdiluluskan," kata Abdullah.


"Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasikmembawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidakdiingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikankamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49):6 ).

Friday, June 6, 2008

Penggal Terakhir BN Memerintah Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya merasa terpanggil untuk menulis dalam blog ini untuk menyatakan setelah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan BN akan membebankan rakyat golongan pertengahan dan bawahan yang rata-ratanya akan mengeluh dari sekarang sehingga pilihanraya yang akan datang. Seperti mana yang kita tahu harga barangan yang naik tidak akan semudah begitu untuk turun. Kita percaya ini dilakukan dengan niat untuk membalas dendam kepada rakyat Malaysia, dimana PRU yang lalu telah menjejaskan kekuasaan mereka yang bernafsu besar ini. Merekan ini hanya pentingkan diri sendiri, kaum keluarga dan kroni-kroni mereka sahaja.

Kita rakyat tahu tentang harga minyak yang melambung didunia tapi kenapalah bila harga melambung rakyat yang harus menerima tamparan. Kita semua tahu apabila minyak naik, semua barangan akan sama naik seperti pengangkutan, makanan, dan sebagainya. Gaji masih ditakuk lama. Apalah nasib kita dimasa depan?????

Walau pun apa alasan yang diberikan oleh kerajaan, tentang harga minyak rakyat tidak mudah lagi digula-gulakan oleh kerajaan yang telah memerintah Malaysia ini lebih dari 50 tahun. Mereka tidak pernah merasa apa itu kesusahan, merasa bagaimana gaji yang dibawa pulang tak pernah mencukupi. Pekerja swasta pula sentiasa dianaktirikan di dalam negara sendiri. Minta gaji minimum tak dapat, minta cola tak dapat, puas MTUC berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi pekerja tapi semuanya mendapat respon yang hampa. Kerajaan atas alasan takut pelabur lari, takut itu, takut ini tapi pekerja swasta siapa nak jaga. Beginikah prihatin nya kerajaan Bee End.

Buat masa sekarang ini, apa yang boleh kita buat adalah berdoa agar rakyat dapat bertahan dalam masa ekonomi dunia yang semakin tidak menentu dan berharap agar kerajaan yang ada sekarang ini tumbang tanpa nisan. Hanya masa yang akan menentukan nasib kerajaan yang diambang tumbang ini.

Takbir, Allah huakbar.


Sampai jumpa lagi.