Saturday, February 7, 2009

MRSM ulul albab

Syukur alhamdulillah,

Anak ana no 2 telah berjaya memasuki MRSM-Kota Putra Terengganu pada 19hb Jan 2009. Pada hari pendaftaran anak ana berjaya melepasi halangan untuk memasuki dan setakat ini telah berjaya dalam hafazan al-Quran beberapa muka surat. Ana dan ibunya berdoa agar anak ana dapat kejayaan cemerlang dalam PMR & SPM nanti disamping dapat melanjutkan pelajaran di luar negara.

Anak ana bercita-cita untuk menjadi saintis yang boleh berkhutbah. Ana doakan agar impian itu menjadi kenyataan. Ana berharap agar ilmu yang diperolehinya nanti dapat membantu umat Islam pada masa hadapan. Dengan ilmu yang bermanafaatlah baru dapat menjadi seorang insan yang berguna untuk agama. Agama lebih penting dari bangsa. Bangsa hanyalah sahsiah,mati pun tidak ditanya, wahai polan si polan kamu bangsa apa? Malaikat takkan tanya soalan itu.

Berbalik kepada MRSM, perjalanannya mengambil masa lebih kurang 7 jam dari rumah ana. Kalau kereta mahal memang syok. Ini kereta Iswara 1.3s. Dah 2kali ana memandu kesana 2 jalan. 1 dari Kuala Berang dan 1 lagi dari Gua Musang.

Ana pun dah mengantuk nanti ana sambung balik ana punya blog. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk dari kelemahan ana sendiri.

Kerajaa Pakatan Rakyat Hampir Tumbang

Assalamualaikum dan selamat malam,

Setelah hampir beberapa lama tidak menulis akibat kesuntukan waktu, akhirnya dapat juga ana ingin merungkaikan kemelut yang melanda negeri ana iaitu Perak Darul Ridzuan. Kisahnya bermula sejak PR memerintah hampir 10 bulan yang lalu. Dicuba pelbagai cara untuk mendapatkan kembali Perak yang setelah 50 puluh tahun berkuasa. Setelah tewas pada PRU 12 yang lalu berbagai-bagai usaha dilakukan agar ADUN-ADUN ini berpindah dan juga pastinya habuannya jutaan ringgit.

Kisah telah bermula setelah 2 adun PKR iaitu Changkat Jering & Behrang. Mereka ini merupakan insan yang telah menipu pengundi-pengundi di kedua-dua tempat itu. Mereka telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan juga sebutan kes mereka dijangkakan pada minggu depan dan setelah menjadi adun bebas dan merekan berikrar untuk menyokong parti haprak iaitu BN. BN dibawah Najib Altantuya berjaya mendapat kepercayaan 2 adun ini dan disamping percayalah kes mereka ini akan di campak jauh-jauh.

DYMM Sultan Perak pula sepatutnya lebih memahami sentimen rakyat Perak yang inginkan agar dibubarkan DUN Perak dan adalah lebih baik diadakan pilihan raya sekali lagi.
Pun begitu semua telah menjadi huru hara akibat terlalu mendengar dan menerima pendapat Najib yang menyatakan bahawa DS Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan.

Rakyat Perak sesungguhnya mahukan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat bukan untuk segelintir sahaja. Tapi, malangya BN merampas dengan cara yang pernah mereka buat di Sabah. BN akan mengalami nasib yang pasti lebih teruk menjelang PRU 13.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, January 6, 2009

MRSM Kota Putra

Assalamualaikum,

Semalam ana membuat panggilan kepada ibu-pejabat MARA Kuala Lumpur untuk bertanyakan tentang pemilihan anak kedua saya untuk memasuki MRSM Ulul Albab, Besut, Terengganu. Alhamdulillah anak ana berjaya dalam pemilihan 1st "batch".

Ana akan berusaha untuk menjayakan menjadi cita-cita anak ana untuk menjadi seorang khatib dan saintis yang berjaya dalam hidup demi untuk agama Islam, negara dan bangsa. Disamping itu berusaha agar menjadi umat Islam lebih dihormati.

Untuk pemilihan ini, anak ana terpaksa bersaing demgan 950 orang murid dan tempat yang diperlukan adalah seramai 180 orang. untuk mendapat tempat diadakan temuduga,ujian sikap dan juga menjawab 50 soalan.

Apa yang menyedihkan bagi ana nanti apabila hendak menghantarnya nanti pada 19/1/09 di MRSM tersebut. maklumlah tak pernah berpisah dengan anak ke 2 ana itu. Dahlah perangai lain macam. Nanti sapa lah nak ajar adiknya nanti Iman & Noli. Dalam masa 5 tahun belajar di MRSM ana berharap agar anak ana dapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan beliau dapat melanjutkan pelajaran diluar negara seperti di Jordan, Mesir dan sebagainya . Hanya masalah yang akan menentukan segala dan kepada Allah jua ana memohon agar dapat dipanjangkan umur ana agar dapat melihat kejayaan anak ana.

Sama-samalah kita berdoa dan menanti, Insyaallah.

Wassalam.

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 2009

Assalamualaikum dan selamat malam,

Pada pagi tadi, penamaan calon bagi pilihanraya kecil KT telah selamat dijalankan dengan 3 pencalonan dimana calon BN Wan Farid dan juga dijangka calon PAS Abdul Wahid Endut serta calon bebas yang tak berapa dikenali dan dijangkan calon bebas ini akan hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan keadaan sekarang adalah dijangkan bahawa BN akan melalui laluan sukar untuk mengekalkan P36 dab untuk itulah Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pesanan kepada petugas-petugas PAS serta pakatan rakyat yang akan bersatu bagi menentang serangan BN yang kita jangkakan lebih kepada memberi wang ataupun saguhati kepada pengundi-pengundi. Tuan Guru memberitahu bahawa kita berjuang kerana Allah demi dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Kita tak layak untuk hidup dimuka bumi ini sekiranya kita tidak menegak hukum Allah.

Ana berdoa agar perjuangan ini dapat perkenan Allah.

Takbir.

Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pelayar-pelayar blog ana. Semoga dengan kedatangan tahunbaru ini dapat menjadikan diri kita ini lebih tawaduk dan lebih bertakwa kepada Allah Subhanataala disamping kita menyambut kedatangan maal hijrah 1430.

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan sejak akhir-akhir ini, tapi ana tak tahu dimana hendak mulakan dahulu. Walau bagaimanapun ana ingin bersyukur kepada Allah dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas limpah dan rahmatnya dapat ana hidup sehingga hari ini. Ana juga bersyukur kerana anak ana telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan jayyid jiddan dalam PSRA 2008. Anak ana telah pun ditemuduga di MRSM Kota Putra dalam usahanya dan cita-citanya untuk menjadi seorang khatib yang berilmu dan juga saintis. Ana berdoa agar beliau berjaya dalam cita-citanya.

Anak ana ini bernama Nor Amin Amali, kalau ia dapat memasuki MRSM bermakna selama 5 tahun beliau akan belajar disana dan akan menjadi orang Terengganu & Kelantan.

Sekian ana berundur diri kerana esok ana kerja pagi.