Saturday, February 7, 2009

MRSM ulul albab

Syukur alhamdulillah,

Anak ana no 2 telah berjaya memasuki MRSM-Kota Putra Terengganu pada 19hb Jan 2009. Pada hari pendaftaran anak ana berjaya melepasi halangan untuk memasuki dan setakat ini telah berjaya dalam hafazan al-Quran beberapa muka surat. Ana dan ibunya berdoa agar anak ana dapat kejayaan cemerlang dalam PMR & SPM nanti disamping dapat melanjutkan pelajaran di luar negara.

Anak ana bercita-cita untuk menjadi saintis yang boleh berkhutbah. Ana doakan agar impian itu menjadi kenyataan. Ana berharap agar ilmu yang diperolehinya nanti dapat membantu umat Islam pada masa hadapan. Dengan ilmu yang bermanafaatlah baru dapat menjadi seorang insan yang berguna untuk agama. Agama lebih penting dari bangsa. Bangsa hanyalah sahsiah,mati pun tidak ditanya, wahai polan si polan kamu bangsa apa? Malaikat takkan tanya soalan itu.

Berbalik kepada MRSM, perjalanannya mengambil masa lebih kurang 7 jam dari rumah ana. Kalau kereta mahal memang syok. Ini kereta Iswara 1.3s. Dah 2kali ana memandu kesana 2 jalan. 1 dari Kuala Berang dan 1 lagi dari Gua Musang.

Ana pun dah mengantuk nanti ana sambung balik ana punya blog. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk dari kelemahan ana sendiri.

2 comments:

DAN said...

mati pun tidak ditanya, wahai polan si polan kamu bangsa apa? Malaikat takkan tanya soalan itu.aku suka ayat ni...whatever..aku doakan anak shiekh berjaya dlm pelajaran ilmu agama.

ateromen said...

Congrats bro....mudah mudahan anak bro berjaya dalam bidang yang diceburi..good luck