Monday, November 10, 2008

Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Assalamualaikum dan selamat malam,

Walaupun ana bukan lah orang UMNO tapi ana merupakan orang Melayu yang sayangkan agama, negara dan bangsa. Ana mengikuti perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang bersidang dari awal hingga ke penghujungnya ana rasakan sesuatu telah berlaku dalam UMNO itu sendiri sehingga menyaksikan pertandingan 3 perjuru antara Muhyidin, Ali Rustam dan juga Mat Taib. Perlu diingat pada awalnya Ali Rustam yang memberi Datuk kepada Shah Rukh Khan sepatutnya tidak dapat pencalonan yang cukup tapi disebabkan ........................ yang telah menjadikan bahagian-bahagian UMNO tidak tidur lena. Sementara Mat Taib pula bekerja keras bagi membolehkan beliau cukup kuota dan ini tidak mustahil disebabkan pengalaman beliau pernah membawa wang dalam jumlah yang banyak suatu masa dulu.

Pertandingan 3 penjuru ini pastilah hebat kerana bagi ana bukan sikit wang yang hendak dibelanjakan tapi mungkin mencecah jutaan ringgit untuk para perwakilan menjelang pemilihan pada bulan Marcah 2009 nanti.

Inilah yang dikatakan oleh YB Husam Musa politik wang dalam UMNO telah menjadia darah daging orang-orang UMNO itu sendiri. Wang tidak dapat dipisahkan dari UMNO. Kita hanya boleh tunggu dan lihat apakah kesudahan UMNO nanti dalam mengejar impian masing-masing.

Tak sanggup rasanya nak masuk parti yang tak mahu langsung memperjuangkan hukum-hukum Allah dimuka bumi ini.

Sekian, lu pikirlah sendiri.

3 comments:

ateromen said...

Bro, gua ada nampak brg yg ko order aritu. rega dalam 6000yen = rm190 la. ingat nak amik tapi tak berani la nak bawak balik Msia....takut kantol kat Kastam....beso size dia...carik yg beso jari takde plak....sorry bro....cant take the risk la...hope u understand my situation......:(

DAN said...
This comment has been removed by the author.
DAN said...

Shah rukh khan dpt datuk ..penganti hang tuah alaf baru..he..he.