Monday, May 26, 2008

Pulau Batu Putih

Assalamualaikum & salam sejahtera di pagi yang mulia.

Pagi ni saya berada di PPUM untuk temu janji 2 anak saya, saya dapat idea untuk menulis tentang kedaulatan Malaysia yang semakin terhakis dengan kekalahan kita kepada Singapura di mahkamah Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda.

Pagi ini, saya mendapat e-mail dari seorang peguam iaitu saudara Mathias Chang yang merupakan peguam kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menulis satu artikel tentang ketidaksungguhan pihak di sebelah Malaysia yang mengendalikan kes Pulau Batu Putih. Sungguh menyedihkan kita terpaksa menyerahkan kedaulatan sebuah pulau yang benar-benar hampir dengan Malaysia jika dibandingkan dengan Singapura.

Pasukan Singapura diketuai oleh Ketua Hakim, Peguam Negara dan beberapa orang lagi QC yang sememangnya terkenal dalam undang -undang antarabangsa. Meraka ini bersungguh-sungguh untuk menang (berjuang dalam erti kata berjuang yang sebenar-benarnya, dengan senjata yang hebat. Tetapi malangnya di pihak Malaysia yang diketuai oleh seorang Tan Sri, Peguam Negara danjuag beberapa tokoh perundangan.

Malaysia tetap menyatakan, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar Rais Yatim "win-win situation" tapi yang sebenarnya Malaysia telah jatuh air muka di mata dunia. Hilang satu lagi jajahan Sultan Johor. Apakah PM kita tidak rasa malukah? Manalah letak muka wahai Pak Lah?
Apa titah baginda DYMM Sultan Johor? Bila Pak lah nak mengadap?

Kita punya Menteri Luar yang tak tahu malu, masih lagi menyatakan bahawa kita dapat sebahagian, manakala Singapura mendapat sebahagian. Tapi yang nyatanya Malaysia dapat batu, Singapuara mendapat banglo.

Berhentilah Pak Lah dari menjadi PM Malaysia, anda memang tak tahu malu. Dah hampir nak tumbang pun mengaku masih popular

Sendiri mahu ingat.

1 comment:

ateromen said...

aku orang johor terasa gak kehilangan tu.....