Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, para bloggers semua.
Pagi ini , saya dapat idea untuk menulis tentang bekas Menteri Besar Selangor yang tewas pada PRU 12 iaitu Khir Toyo yang sekarang ini menjadi ketua pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau baru-baru ini telah menulis diblog beliau iaitu Dr. Khir telah menempelak Kerajaan Negeri Selangor yang baru dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kerajaan ini baru berusia lebih kurang 2 bulan memerintah negeri Selangor jika dibandingkan dengan BN yang telah memerintah selama 50 tahun. Memanglah negeri Selangor ini maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain tapi tak bermaksud mereka berkuasa keatas rakyat. Rakyat Selangor telah membuat pilihan yang bijak menerusi PRU ke 12. Mereka telah memilih pakatan rakyat untuk menerajui negeri yang maju ini. Jadi, sewajarnya kita memberi peluang kepada PR untuk membuktikan bahawa mereka ini boleh mentadbir negeri Selangor ini dengan cara mereka yang lebih telus, lebih integriti dan lebih terbuka.
Khir Toyo juga boleh menulis apa saja dalam blog beliau kononnya kerajaan negeri sekarang ini tidak ada polisi dan sebagainya. Bukan apa, kerajaan sekarang tengah menyusun pelbagai-bagai program untuk rakyat negeri Selangor. Sabar-sabarlah sikit.
Betul juga lah cakap YAB Menteri Besar, dasar yang baik perlu diteruskan, manakala dasar yang tidak sepatutnya dilaksanakan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Semua ini perlukan masa.
Sebagai contoh:-
1. Penurunan cukai 20%, ianya tidak dapat dilaksanakan buat masa sekarang ini kerana budget 2007/2008 telah pun berjalan, manakala cukai pintu suku ke 2 akan kita terima pada bulan Jun/Julai 2008. Jadi cuba anda terangkan macam mana hendak dilaksankan apa bila perkara ini sudah berjalan separuh. Jadi nasihat saya, tunggulah budget yang akan datang.
2. Wang RM1000 untuk anak negeri Selangor berjaya masuk ke Universiti. Wang ini pada tahun ini tidak dapat diberi kerana peruntukkannya telah habis dipakai oleh kerajaan negeri terdahulu pada bulan Jan & Feb 2008 untuk kawasan DUN masing-masing lebih kurang RM500,000 dan untuk 54 DUN ini berjumlah RM27 juta. Jadi wajarlah DYMM Sultan Selangor menegur kerajaan negeri terdahulu yang membelanjakan wang untuk rakyat di belanjakan untuk tekak masing-masing. Memang patut pun kalah. Wang ini budget yang dinyatakan oleh kerajaan PR adalah sebanyak RM20 juta untuk 20,000 orang anak negeri Selangor. Tapi sendiri mahu ingat .....
3. Khir Toyo ini mudah lupa, pemberian penyapu kepada YDP Kuala Langat yang dikatakan tidak "perform" merupakan satu penghinaan kepada orang terbabit. Saya percaya seluruh keturunan keluarga ini akan menyumpah Khir Toyo serta keluarganya. Keluarga-keluarga bekas YDP ini tidak akan lupa selagi nyawa di kandung badan. Itulah sial penyapu yang di hadiahkan kepada seorang MB kepada rakyatnya.
Dengan coretan sedikitsebanyak ini dapat para bloggers dapat membantu kita menolong kerajaan negeri yang baru ini menjalankan tugas mereka in dengan sebaik-baik mungkin.
Sampai jumpa lagi. sendiri mahu ingat.
Sunday, May 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment