Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali ana minta maaf kerana lama tak update blog ana, ini kerana ana sibuk menguruskan mesyuarat agung untuk Kesatuan tempat kerja ana untuk kali ke-5, dimana insyaallah ana akan menang tanpa bertanding buat kali ke-3. Doakan moga ana berjaya dengan berkat gigih dan usaha semua ahli-ahli AJK ana akan berusaha supaya pekerja-pekerja ditempat ana dapat apa yang sepatutnya mereka dapat bagi membantu meringan dan menambahkan ekonomi mereka. Ana tak ingin mengulas dengan lebih panjang mengenai perkara ini tapi ana akan mengupas persoalan mengenai Permatang Pauh dan Pakatan Rakyat serta apa impian rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Pagi ini 16/8/08, penamaan calon telah selamat dijalankan dalam suasana sedikit tegang antara PR dan BN serta ada satu mangkuk tingkat yang ingin mencelah tapi buat ana itu ada untuk mengacau daun ataupun memecah undi serta ana juga percaya dan yakin bahawa calon ke 3 ini akan hilang wang pertaruhan.
Saya percaya rakyat Permatang Pauh bukannya mudah untuk melupakan apa yang telah terjadi pada pemimpin mereka 10 tahun lalu. Tapi ana tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini. Kita harus pandang kehadapan disamping menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang benar-benar ditadbir oleh seorang pemimpin yang berjiwa Islam, mati Islam, syiar Islam serta juga melaksanakan hukum-hukum Allah dimuka bumi ini. Ana percaya pada masa depan bahawa Malaysia kalau ditukarkan kerajaan pusat akan bertambah makmur lah Malysia ini.
Telah 51 tahun kerajaan BN memerintah Malaysia bertuah ini, memang Malaysia maju tapi bukan kehadapan tapi kebelakang sebagai contoh kita ambil Akta Kerja 1955 yang tak pernah dipinda untuk memajukan rakyat tapi menidakkan kebajikan rakyat. Gaji minimum RM900.00 yang diwar-warkan oleh MTUC tak pernah mendapat tempat dihati kerajaan BN, kononnya takut pelabur lari.
Walau macam manapun, hari ini merupakan hari pertama kempen, kita tunggu dan lihat sahaja taktik kotor BN menjelang hari-hari akan datang sehingga hari penggundian dan ketidakadilan media-media elektronik serta tv-tv terutamanya TV3 dalam menjaya kempen kotor BN ini. Rakyat Permatang Pauh diingatkan supaya tidakmudah terpedaya. Sekian untuk malam ini.
Sendiri mahu ingat.
Saturday, August 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment